Jumaat, 5 April 2013

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS

Program Integrasi Pendidikan Khas SK Pasukan Polis Hutan dibuka pada 2008 dengan bilangan murid seramai 10 orang dan 3 orang guru dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid (PPM). Program ini di buka adalah rentetan daripada Program Integrasi Pendikan Khas SK Tambun dimana murid yang mendaftar dan juga guru yang diamanahkan untuk membuka program ini adalah dari sekolah berkenaan.
Kini program ini mempunyai 13 orang guru dan dibantu oleh 3 orang PPM dengan jumlah murid seramai 32 orang yang di bahagikan kepada 5 kelas. Murid yang mengikut program ini adalah murid daripada pelbagai kategori iaitu down sindrom, terencat akal, caleberal palsy, autisme, slow learner, disleksia, dan murid yang mempunyai masalah dalam komunikasi, bahasa dan pertuturan.
Walaupun mereka mempunyai pelbagai jenis kecacatan, namun mereka juga seperti insan lain yang ingin mendapatkan ilmu dan juga bersosialisasi dengan insan lain. Oleh yang demikian wujudnya Program Integrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah.
 
Di sinilah tempat kami mencurahkan ilmu kepada insan-insan yang teramat istimewa buat kami  warga PIPKBP SKPPH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan