RPH BAHASA MELAYU



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru           : Zubaidah Yaacob

Sekolah               : SK Pasukan Polis Hutan
                               
Kelas                  :  Delima

Tarikh                 : 11 April 2013
                                                                                                           Hari                    :  Khamis 
                                                 
Masa                  : 10.00 – 11.00 (1 jam)

Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu



Kumpulan

A

B

Nama Murid

1.    Mior Aiman Hafiz

2.    Fakhrulrazi

3.    Qkhalid

1.    Nur Adnan

2.    Aimi Shahira

3.    Muhammad Aqil

Tajuk / Tema

KEMAHIRAN MEMBACA

Standard Kandungan

4.1 Menyebut huruf

Standard Pembelajaran

4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran  murid dapat:

1.    Murid dapat menamakan dan menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 huruf dengan betul.


1.    Murid dapat mewarnakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 huruf yang sesuai dengan gambar.

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid boleh menyebut huruf a, e, i, o, u

Elemen Merentas Kurikulum

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kreativiti, Nilai dan Estetika

Bahan Bantu Belajar

§  Video lagu ‘Abu ada ayam’

§  Kad huruf timbul

§  Carta akordian

§  Kad gambar

§  Kad huruf

§  Lembaran kerja

§  Carta huruf

Nilai Murni

1.    Berkeyakinan        2. Kerjasama        3. Kerajinan

Kemahiran Berfikir

Mengumpul dan mengelas: gambar dengan huruf vokal

LANGKAH PENGAJARAN


LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN


Set Induksi:

5 minit

1.    Guru membawa kotak kecil yang mengandungi gula-gula di dalamnya.

2.    Murid yang berkelakuan baik dan memberi tumpuan akan mendapat gula-gula yang terdapat dalam kotak di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

3.    Guru menayangkan video lagu ‘Abu ada ayam’.

4.    Guru menyanyikan lagu ‘Abu ada ayam’ terlebih dahulu.

5.    Murid ikut menyanyikan lagu secara perlahan.

6.    Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama.

7.    Murid menyanyikan lagu bersama-sama dengan bimbingan guru.

 Langkah 1:

20 minit

1.    Guru menunjukkan huruf timbul kepada murid.

2.    Guru menyebut dan membunyikan huruf terlebih dahulu.

3.    Guru meminta murid menyebut dan membunyikan huruf.

4.    Murid menyebut dan membunyikan huruf dengan bimbingan guru.

5.    Guru menampalkan huruf pada papan putih.

6.    Guru meminta seorang demi seorang murid datang ke hadapan untuk menyentuh dan merasai bentuk huruf tersebut.

7.    Murid akan menyentuh permukaan setiap huruf menggunakan jari satu demi satu.

Langkah 2:

15 minit

1.    Guru menggantungkan carta akordian pada papan putih,

2.    Guru menunjukkan kad huruf dan meminta murid menyebut dan membunyikan huruf tersebut.

3.    Guru memasukkan kad huruf dalam poket carta akordian.

4.    Guru menunjukkan kad gambar kepada murid.

5.    Murid akan menyebut nama gambar tersebut.

6.    Guru memasukkan kad gambar dalam poket carta akordian.  


Langkah 3:

15 minit

Lembaran kerja:

 


Menulis huruf awal bagi perkataan dan gambar yang diberikan.




 



Lembaran kerja:

§  Mewarnakan huruf yang sesuai dengan gambar.














 





Penutup:

5 minit

1.    Guru melekatkan carta huruf pada papan putih.

2.    Guru telah memasukkan kad huruf ke dalam sampul yang berlainan warna dan dilekatkan secara berselerak di dalam bilik darjah.

3.    Guru menunjukkan kad warna berlainan dan meminta murid memilih satu warna sahaja.

4.    Murid akan mengambil kad warna yang disukai.

5.    Guru meminta murid mencari sampul mengikut kad warna yang dipilih.

6.    Murid yang berjaya mendapatkan sampul akan duduk di tempat masing-masing.

7.    Guru meminta seorang demi seorang murid datang ke hadapan dan melekatkan kad huruf pada carta yang mempunyai huruf yang sama.

8.    Murid memadankan kad huruf dengan huruf yang sama pada carta.

9.    Guru merumuskan tajuk pengajaran pada hari ini.

10.  Guru memberikan gula-gula kepada murid.   


11.   





Tiada ulasan:

Catat Ulasan