GALERI

Di samping belajar di dalam bilik darjah, kami menjalankan beberapa aktiviti luar sebagai aktiviti terapi bagi murid - murid pendidikan khas. Aktiviti ini bertujuan agar mereka dapat berkomunikasi dan melakukan aktiviti yang lebih mencabar selain daripada PdP di sekolah. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Dengan ini juga mereka dapat pendedahan tentang keadaan di sekeliling  agar mereka dapat  meluaskan pengalaman dan pengetahuan.


AKTIVITI CABARAN MINDA
Aktiviti ini telah dijalankan di Padang Polo Ipoh bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti riadah di samping dapat belajar dalam situasi yang lebih menyeronokkan.




 
 
 MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
 
Pada setiap tahun Pendidikan Khas akan mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk meraikan kelahiran murid-murid yang terlalu istimewa buat kami. Biasanya majlis ini disambut sebanyak dua fasa iaitu bagi fasa pertama dimana murid yang lahir dari bulan Januari sehingga bulan Jun manakala bagi Fasa ke dua pula murid yang lahir pada bulam Julai sehingga bulan Disember. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid bergembira dan merasakan diri mereka dihargai. Apatah lagi mereka ini terdiri daripada pelbagai katogeri kecacatan. Melalui aktiviti inilah memberi mereka peluang untuk  bersosialisasi dengan dunia luar dan belajar kehidupan yang sebenar.
Apa yang lebih penting ialah keseronokan dan kegembiraan buat diri mereka.....
 
Majlis sambutan hari jadi di KFC Ipoh Garden, Ipoh
 

 
 
Bergambar kenangan bersama Chiky
 
 
Murid-murid bermain "musical chair'

 

 
 Alangkah gembiranya mereka...
 
 
Akma menyambut hari jadi yang ke-12. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
 
 
 
 
 
 


3 ulasan: